ALAT TERAPI DAN KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH PAKAR

1.    Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.
2.    Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.
3.    Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.
4.    Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.
5.    CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.
6.    Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.
7.    Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.
8.    Aktiviti kraf.
Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.
9.    Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur.
10. Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.
11. Perisian Dr Speech.
Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
12. Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.
13. Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.
14. Echo Microphone.

Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan