1.0 PENGENALAN
Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
Kajang, terdiri daripada murid-murid istimewa daripada pelbagai katergori
seperti Autism, Hiperaktif, Sindrome Down dan kerencatan mental. Kebanyakan
murid dalam program pendidikan khas ini menghadapi masalah dalam aspek
pertuturan, contohnya masalah gagap, masalah artikulasi yang tidak dapat
menyebut bunyi pertuturan dengan betul, dan juga penggunaan nada serta kekuatan
suara yang tidak sesuai dengan keadaan. Oleh sebab itu, kanak-kanak
berkeperluan khas tidak dapat berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya
dengan baik dan tidak mampu menyatakan niat mereka.
Sebagai
guru pendidikan khas, kami ingin memperkenalkan mereka dengan kaedah terapi
pertuturan. Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu
murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Untuk
menbolehkan kanak-kanak mendapat pendedahan awal dengan aktiviti yang
dijalankan dalam waktu interaksi dengan pakar pertuturan. Selain itu, guru
dapat mempelajari serta lebih memahami teknik efektif untuk membantu murid
bermasalah bahasa dan komunikasi mengatasi masalah mereka. Melalui lawatan ini,
perkenalan terapi ini kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghantar
kanak-kanak mengikuti sesi terapi pertuturan.
2.0 TAJUK
Program
Lawatan ke Hospital Pakar KPJ Kajang bagi mendekati Terapi Pertuturan
3.0 PENGELOLA
Guru
Unit Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai
Kantan
4.0 ASAS
PERTIMBANGAN
Program
ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkeperluan
khas tentang sesi terapi pertuturan. Selain itu, program ini bertujuan untuk
memenuhi keperluan akademik Program Pendidikan Khas.
5.0 RASIONAL
Terapi pertuturan ini
bertujuan untuk mendedah murid-murid keperluan khas mengenai teknik serta
kaedah untuk membantu mereka menghadapi masalah berbahasa dan
berkomunikasi. Latihan atau intevensi
yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan
bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.
Terapi pertuturan
merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran
dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu mereka
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi
masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
Melalui terapi
pertuturan, ahli terapi pertuturan dapat melatih murid menguasai kemahiran
tertentu tentang cara bertutur. Selain itu, terapi pertuturan juga membantu
murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa dan juga meningkatkan kefungsian
kognitif, emosi dan sosial individu. Di samping itu, tahap keupayaan murid
khususnya bertutur akan lebih meningkat.
Teknik
terapi pertuturan yang dilakukan oleh pakar terapi pertuturan boleh
diaplikasikan oleh guru dalam kelas pendidikan khas. Jadi adalah diharapkan
bahawa lawatan ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada guru
serta murid-murid berkeperluan khas tentang aktiviti terapi pertuturan seperti
meniup balon, membuat latihan lisan dan mengetap bibir yang boleh guru
aplikasikan di dalam kelas pendidikan khas nanti.
6.0 MATLAMAT
6.1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Sungai Kebangsaan
6.2 Melengkapkan keperluan akademik Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran
6.3 Memberi pengalaman kepada murid-murid Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi terapi pertuturan
7.0 OBJEKTIF
7.1 Membolehkan murid-murid menguasai kemahiran
pertuturan serta membantu murid menghasilkan bunyi bahasa
7.2 Membantu murid-muird meningkatkan kefungsian
kognitif, emosi dan sosial. Meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan
dengan orang lain.
7.3 Membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan.
8.0 KUMPULAN
SASARAN
Bil
|
Perkara
|
Jumlah
|
1.
|
Murid-murid Pendidikan Khas
|
11 orang
|
2.
|
Guru pengiring
|
2 orang
|
3
|
Pembantu Pengurusan Murid
|
1 orang
|
Jumlah
|
14 orang
|
9.0
TARIKH
Rabu, 20 Ogos 2014
10.0 TEMPAT
Hospital Pakar KPJ Kajang
Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor
11.0
PENGANGKUTAN
Semua murid akan menaiki kereta guru pengiring dan
pembantu pengurusan murid .
12.0 JAWATANKUASA
PELAKSANA
Penaung
|
:
|
Pn.
Noor Raizura bt Sofian
|
Guru
Pengiring
|
:
|
Tor
Lu Yen
|
|
|
Kelly
Tan
|
Pembantu
Pengurusan Murid
|
:
|
Fatimah
binti Abdullah
|
Pengerusi
|
:
|
Lee
Xiao Tong
|
Naib
Pengerusi
|
:
|
Lee
Sue Jane
|
Setiausaha
|
:
|
Sharmiladevi
a/p Selvarajoo
|
Bendahari
|
:
|
Low
Macie
|
AJK
Perhubungan
|
:
|
Grace
Chow Su Un
|
AJK
Pengangkutan
|
:
|
Kesawaartini
a/p Sarkunan
|
AJK
Cenderahati
|
:
|
Wong
Mei Ti
|
AJK
Makanan
|
:
|
Low
Jing Xian
|
AJK
Dokumentasi
|
:
|
Vijayalechumy
a/p Sugumaran
|
AJK
Aktiviti
|
:
|
Lee
Jun Yi
|
AJK
Keselamatan
|
:
|
Yii
Ann Hui
|
13.0 TENTATIF
PROGRAM
MASA
|
AKTIVITI
|
9.30 pagi
|
Berkumpul di kelas Program
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan bergerak ke Hospital Pakar KPJ Kajang
|
10.00 pagi
|
Tiba di Hospital Pakar KPJ Kajang Taklimat
daripada pihak hospital
|
11.00 pagi
|
Penerangan mengenai terapi pertuturan daripada pihak hospital
|
1.00 petang
|
Pelajar berkumpul dan membuat refleksi
|
1.30 petang
|
Majlis perasmian dan penutupan serta penyampaian
cenderamata
|
2.00 petang
|
Bertolak balik ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan
|
14.0 ANGGARAN PEMBELAJAAN
BIL
|
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
CATATAN
|
1
|
Cenderahati
|
2
|
2
|
*mohon dari pihak sekolah
|
2
|
Kereta
|
3
|
3
|
*kereta guru pengiring dan
pembantu
|
15.0 PENUTUP
Adalah
diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada para murid
kepada sesi interaksi dengan pakar
terapi pertuturan. Dengan berinteraksi dengan pakar terapi pertuturan guru
dapat mengetahui jelas masalah yang dihadapi oleh setiap murid dan cara untuk
membantu murid-murid mengatasi masalah bahasa dan komunikasi. Selain itu,
murid-murid dapat juga mengetahui cara membuat latihan mengatasi masalah mereka
dengan jelas dan mengaplikasikan cara dalam kehidupan seharian. Dengan lawatan
ini murid-murid dapat meningkatkan kemahiran sosial dengan orang lain serta
memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Selain itu, kami mengharapkan
melalui lawatan murid-murid dapat menyampaikan maklumat dengan betul kepada
orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul.
hi kelly...saya cikgu sg kantan...adakah ini sekadar kertas kerja sahaja ye atau dah dilaksanakn ke sekolah kami...
BalasPadamhi kelly...saya cikgu sg kantan...adakah ini sekadar kertas kerja sahaja ye atau dah dilaksanakn ke sekolah kami...
BalasPadamhi kelly...saya cikgu sg kantan...adakah ini sekadar kertas kerja sahaja ye atau dah dilaksanakn ke sekolah kami...
BalasPadamsorry, just saw it... ini sekadar kertas kerja saja
Padam