HALANGAN TERAPI

Halangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.
1.     Guru
a.     Guru pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid pendidikan khas.
b.     Guru malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.
c.      Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan terapi lain sewaktu masa terapi.

2.     Bahan
a.     Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi pertuturan.
b.     Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid atau bahan yang mudah rosak.

3.     Peruntukkan masa
a.     Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.
b.     Terdapat pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu untuk ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang lama untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).

4.     Sokongan ibu bapa
a.     Ibu bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan dirumah sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi pertuturan.
b.     Ibu bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.

5.     Tingkah laku
a.     Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.
b.     Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi pertuturan.
c.      Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan