Cara pelaksanaan terapi
pertuturan
Melakukan Latihan
Senaman Muka
1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c. Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri
2. Mulut
a. Buka mulut seluas mungkin
b. Tutup mulut
c. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
d. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin
laju.
3. Muka
a. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau
arahan.
4. Kunyah
Kawalan pernafasan
· Cara
pernafasan menggunakan perut
· Tarik
nafas kemudian tahan dan hembus
· Tarik
nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
· Latihan
hembus kertas
· Hembus
bola kertas ke arah gol
· Minum,sedut
dan buat buih air menggunakan straw
· Tiup
buih-buih
· Meniup
peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
· Tiup
wisel mengikut rentak
· Tiup
belon mengikut tahap kesukaran
Kawalan suara
· Letak
tangan di hadapan mulut
· Letak
belakang tangan di bahagian leher
· Sebut
fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.
Cara pelaksanaan pada
tahap pra-pertuturan
Pandang mata
- Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia
bertujuan agar klien melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan
perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.
- Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan
ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
- Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot
mulut yang berkaitan dengan pertuturan.
- Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula
penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi
satu perkataan.
- Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza
supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan