Kepentingan terapi pertuturan
Terapi pertuturan merupakan salah satu
aktivti yang membantu murid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi
mereka seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini, antaranya ialah, pertama
melatih murid
menguasai kemahiran tertentu. Sebagai
contoh, jika terapi pertuturan dijalankan, kita dapat membantu murid menguasai
kemahiran bertutur khususnya. Murid akan dapat bertutur dengan lebih baik
dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.
Kedua, membantu murid menghasilkan bunyi bahasa. Hal ini bermaksud,
terapi pertuturan ini dapat membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang
lebih bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan
mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan
pelaksanaan terapi pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih
bermakna.
Ketiga, meningkatkan kefungsian
kognitif, emosi dan sosial. Hal
ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat meningkatkan keyakinan murid untuk
berhadapan dengan orang lain. Sebagai contoh, jika murid yang mengalami
masalah pertuturan, sifat rendah diri mereka untuk bergaul dengan orang lain
akan kurang. Apabila mereka dapat bertutur walaupun bukan sepenuhnya,
tahap keyakinan mereka untuk bergaul dengan orang lain akan meningkat.
Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan meningkat daripada pengalaman
bergaul denga orang lain.
Keempat, meningkatkan tahap keupayaan murid.
Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih
meningkat. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah
pertuturan dapat bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri murid
termasuk tahap keupayaan murid dalam bidang lain seperti pelajaran.
Kelima, membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi.
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat
pertuturan murid dan meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami
masalah pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan,
secara langsung alat-alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan
bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain. Hal ini akan membantu
murid-murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Selain
itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan
betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.
Keenam, membantu murid menyampaikan maklumat kepada
individu lain. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini dapat
membantu murid-murid menyampaikan maklumat dengan betul kepada orang lain dan
meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul. Sebagai contoh, apabila
murid-murid bermasalah pertuturan sudah mula pandai bertutur, mereka akan
meluahkan perasaan mereka dengan orang yang bersesuaian. Apabila mereka
mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus mencapai makanan yang mereka
mahu.
Ketujuh, membantu meningkatkan kemahiran sosial.
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan ini akan meningkatkan kemahiran sosial
murid-murid. Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih
baik. Sebagai contoh, mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat
dan situasi yang sesuai. Hal ini juga bermaksud, mereka akan dapat menyesuaikan
diri dengan mudah dan lebih baik apabila bergaul dengan orang lain.
Kelapan, memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan
diri. Hal
ini bermaksud, murid-murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan
dalam pergaulan apabila terapi pertuturan ini berkesan. Sebagai contoh,
apabila mereka dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka untuk
mendapatkan pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan keyakinan
mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan