Terapi Pertuturan
Dijalankan oleh pakar pertuturan atau individu yang terlatih.Tujuan:
- Membantu murid yg mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi
- Membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa]
- Melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu
Aktiviti:
Latihan lisan, tiup belon, tiup kertas di atas air, mengetap bibir dan sebagainya.
Terapi Fizikal (Fisioterapi)
Beri pengaruh besar terhadap kehidupan murid pendidikan khas.Tujuan:
- Membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor.
- Meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal ikut keutamaan.
Terapi Carakerja
Merupakan akiviti yg menjurus kea rah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi atasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin.Aktiviti:
Kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional / kerjaya.
Terapi Muzik
Tujuan:- Tenteramkan murid supaya bersedia untuk belajar.
- Merangsang minda.
- Tarik perhatian pelajar.
- Kawal emosi.
Aktiviti:
- Pergerakan bebas mengikut irama muzik.
- Memainkan alatan muzik ikut rentak yang diperdengarkan.
- Menghayati irama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan